INSTRUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 1
BAND 6
KEMAHIRAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | ||||||||||||||||||
BAND | 6 | ||||||||||||||||||
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis | ||||||||||||||||||
DESKRIPTOR | B6 DL1 Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional | ||||||||||||||||||
EVIDENS | B6 DL1 E1 Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain. | ||||||||||||||||||
AKTIVITI PENTAKSIRAN | BAHAN · Bahan Rangsangan / Gambar 1. Guru meminta murid melihat kepada contoh-contoh tempat menarik. 2. Guru meminta murid menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang mereka diami. 3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi membantu murid untuk menjawab secara lisan. 4. Guru meminta pelajar menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang telah mereka lawati. 5. Murid diminta untuk menghuraikan dan membandingkan daya tarikan di tempat menarik yang mereka lawati. Contoh soalan rangsangan: 1. Ceritakan apa yang anda lihat di tempat menarik tersebut? 2. Adakah daya tarikan tersebut terdapat di tempat lain? 3. Apakah perbezaannya dengan tempat lain? 4. Mengapakah tempat tersebut menarik bagi anda? | ||||||||||||||||||
CONTOH ITEM | CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN
|
KEMAHIRAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | ||||||||||||||||||
BAND | 6 | ||||||||||||||||||
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis | ||||||||||||||||||
DESKRIPTOR | B6 DL1 Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional | ||||||||||||||||||
EVIDENS | B6 DL1 E2 Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan | ||||||||||||||||||
AKTIVITI PENTAKSIRAN | BAHAN · Teks perbualan 1. Guru meminta empat orang murid untuk melakonkan teks perbualan dihadapan kelas. 2. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencadangkan cara-cara memperindah kawasan sekolah. 3. Wakil murid daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka. 4. Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka. | ||||||||||||||||||
CONTOH ITEM | BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : MUKA SURAT 2
|
KEMAHIRAN | MEMBACA |
BAND | 6 |
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis |
DESKRIPTOR | B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan |
EVIDENS | B6 DB1 E1 Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan |
AKTIVITI PENTAKSIRAN | Bahan: • Teks Dialog Langkah Pentaksiran:
|
CONTOH ITEM | Ref: Teks Dialog, ms 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1. Khairi: Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama. Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur dengan tebing. Kevin: Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudah- mudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik. Mohan: Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak kemudahan. Khairi: Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal komputer, makmal sains dan kedai koperasi. Syafiq: Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas menghijau. Pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita. Kevin: Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas. Khairi: Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia. Mohan: Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama. Khairi: Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu. |
KEMAHIRAN | MEMBACA |
BAND | 6 |
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis |
DESKRIPTOR | B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan |
EVIDENS | B6 DB1 E2 Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca |
AKTIVITI PENTAKSIRAN | Bahan: • Teks dialog Langkah Pentaksiran:
|
CONTOH ITEM | Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1. SYAHIDA : Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin Yee? SHIN YEE : Shin Yee di sini, Syahidakah itu? SYAHIDA : Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap? SHIN YEE : Mustahil saya tidak mengenali suara rakan karib saya. Ada apa-apa yang boleh saya tolong? SYAHIDA : Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke kedai koperasi sekolah. SHIN YEE : Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang hendak awak beli di kedai koperasi sekolah? SYAHIDA : Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis. SHIN YEE ; Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita sahaja? SYAHIDA : Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan pula, kita ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan sokongan kepada kedai koperasi sekolah kita. SHIN YEE : Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan. SYAHIDA : Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar lagi. Terima kasih. SHIN YEE : Terima kasih kembali. |
KEMAHIRAN | MENULIS | ||||||||||||||||||||||||
BAND | 6 | ||||||||||||||||||||||||
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis. | ||||||||||||||||||||||||
DESKRIPTOR | B6 DT 1: Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh. | ||||||||||||||||||||||||
EVIDENS | B6 DT1 E1: Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah. | ||||||||||||||||||||||||
AKTIVITI PENTAKSIRAN | Bahan Pantun Empat Kerat Agama (Antologi Kasut Kelopak Jantung: hlm 6) Langkah Pentaksiran · Guru menyuruh murid membaca teks pantun dan mencari ungkapan yang menarik dalam pantun tersebut. · Guru meminta murid menulis ungkapan-ungkapan menarik yang terdapat dalam pantun di papan tulis. · Guru meminta murid membina ungkapan menarik berdasarkan contoh yang telah disenaraikan. · Guru menyuruh murid menghasilkan sekurang-kurangnya tiga rangkap pantun empat kerat bertemakan alam semula jadi menggunakan ungkapan menarik yang telah dibina. · Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun yang ditulis. · Murid-murid lain diminta memberikan komen. | ||||||||||||||||||||||||
CONTOH ITEM | Contoh Kad Inventori Pantun:
|
KEMAHIRAN | MENULIS |
BAND | 6 |
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis. |
DESKRIPTOR | B6 DT 1: Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh. |
EVIDENS | B6 DT1 E2: Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh. |
AKTIVITI PENTAKSIRAN | Bahan |
CONTOH ITEM | Contoh Penulisan Karangan Kita kerap membaca berita tentang keruntuhan akhlak remaja yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama. Berita ini amat membimbangkan kita kerana remaja merupakan aset negara pada masa depan. Keruntuhan akhlak remaja ini disebabkan oleh beberapa punca yang tertentu. Remaja yang runtuh akhlak lazimnya kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Oleh itu, mereka tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak. Akibatnya, anak-anak yang terbiar ini bercampur serta terpengaruh dengan budak-budak nakal dan akhirnya menjadi liar. Punca lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh media massa. Kini, terdapat majalah dan laman web yang menyiarkan bahan-bahan lucah. Jika tidak dikawal, remaja akan terpengaruh dan cenderung meakukan perbuatan yang tidak bermoral. Selain itu, jawatankuasa belia dan penduduk kurang menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk remaja, misalnya aktiviti silat, kompang dan sebagainya. Oleh sebab tiada aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa, mereka lebih cenderung terlibat dengan aktiviti negatif. Terdapat juga remaja yang runtuh akhlaknya kerana desakan hidup. Wang mereka tidak mencukupi kerana keluarga mereka miskin. Walau bagaimanapun, mereka ingin memenuhi keperluan hidup seperti remaja lain, misalnya memakai kasut yang mahal dan memiliki telefon bimbit. Untuk memenuhi keperluan ini, mereka mudah terlibat dalam kegiatan mencuri dan merompak. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung salah laku dalam kalangan remaja. Para remaja perlu dibimbing agar mereka melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana remaja menjadi tonggak kejayaan negara pada masa depan. |
KEMAHIRAN | MENULIS |
BAND | 6 |
PERNYATAAN STANDARD | Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis. |
DESKRIPTOR | B6 DT 2: Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan. |
EVIDENS | B6 DT2 E1: Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan. |
AKTIVITI PENTAKSIRAN | Bahan · Hasil penulisan murid. Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan untuk kita. Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan. Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati. Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan. Langkah Pentaksiran · Murid membaca karangan yang disediakan · Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut. |
CONTOH ITEM | Contoh senarai semak perkara yang disunting : 1. Ejaan 2. Tanda baca 3. Penanda wacana 4. Kosa kata 5. Pengimbuhan 6. Ayat Jawapan: Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku (buku) yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan (disediakan) untuk kita. Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan. Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati. Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan. |