Wednesday, 25 April 2012

INSTRUMEN BAND 6

 
INSTRUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 1
BAND 6



KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional


EVIDENS


B6 DL1 E1
Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.


AKTIVITI PENTAKSIRAN




BAHAN
·         Bahan Rangsangan / Gambar

1.      Guru meminta murid melihat kepada contoh-contoh tempat menarik.
2.      Guru meminta murid menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang mereka diami.
3.      Guru mengemukakan beberapa soalan  sebagai rangsangan bagi membantu murid untuk menjawab secara lisan.
4.      Guru meminta pelajar menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di Sarawak / di bandar yang telah mereka lawati.
5.      Murid diminta untuk menghuraikan dan membandingkan daya tarikan di tempat menarik yang mereka lawati.

Contoh soalan rangsangan:
1.      Ceritakan apa yang anda lihat di tempat menarik tersebut?
2.      Adakah  daya tarikan tersebut terdapat di tempat lain?
3.      Apakah  perbezaannya dengan tempat lain?
4.      Mengapakah tempat tersebut menarik bagi anda?




CONTOH ITEM




CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN
BIL
Soalan
√  /  X
1
Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2
Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3
Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?



 


KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional


EVIDENS


B6 DL1 E2
Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan


AKTIVITI PENTAKSIRAN





BAHAN
·         Teks perbualan

1.      Guru meminta empat orang murid untuk melakonkan teks perbualan dihadapan kelas.
2.      Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencadangkan cara-cara memperindah kawasan  sekolah.
3.      Wakil murid daripada setiap kumpulan untuk membentangkan  hasil perbincangan kumpulan mereka.
4.      Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.
CONTOH ITEM
BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : MUKA SURAT 2

BIL
Soalan
√  /  X
1
Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2
Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3
Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4
Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5
Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?



KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
6
PERNYATAAN STANDARD
Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B6 DB1 E1
Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
      Teks Dialog
Langkah Pentaksiran:
  • Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 2.
  •  Murid menjawab soalan guru tentang teks dialog tersebut
  •  Berdasarkan teks dialog tersebut, murid membuat ramalan tentang kesan buruk jika kebersihan dan keceriaan sekolah tidak dijaga.
CONTOH ITEM
Ref: Teks Dialog, ms 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Khairi:   Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama.            Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur   dengan tebing.
Kevin:   Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudah-            mudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih    baik.
Mohan:  Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak      kemudahan.
Khairi:   Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal    komputer, makmal sains dan kedai koperasi.
Syafiq:   Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas   menghijau. Pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah  kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita.
Kevin:   Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas.
Khairi:   Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam    itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia.
Mohan:  Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama.
Khairi:   Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu.








KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
6
PERNYATAAN STANDARD
Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B6 DB1 E2
Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
      Teks dialog
Langkah Pentaksiran:
  • Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks  Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 9.
  • Murid diminta menjelaskan kebaikan berbelanja secara berhemat.
  • Murid diminta menjelaskan kesan berbelanja secara tidak berhemat.
CONTOH ITEM
Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1.


SYAHIDA :     Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin                           Yee?
SHIN YEE :     Shin Yee di sini, Syahidakah itu?
SYAHIDA :     Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap?
SHIN YEE :     Mustahil saya tidak mengenali  suara rakan karib saya.                           Ada apa-apa yang boleh saya tolong?
SYAHIDA :     Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit                           kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke                           kedai koperasi sekolah.
SHIN YEE :     Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran                           daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang                            hendak awak beli di kedai koperasi sekolah?
SYAHIDA :     Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis.
SHIN YEE ;     Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita                           sahaja?
SYAHIDA :     Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi                           sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan                           pula,  kita ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan                           sokongan kepada kedai koperasi sekolah kita.
SHIN YEE :     Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan                           koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya                           juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan.
SYAHIDA :     Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar                           lagi. Terima kasih.
SHIN YEE :     Terima kasih kembali.



KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 1:
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.


EVIDENS
B6 DT1 E1:
Menghasilkan  puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
Pantun Empat Kerat Agama
(Antologi Kasut Kelopak Jantung: hlm 6)

Langkah Pentaksiran
·         Guru menyuruh murid membaca teks pantun dan mencari ungkapan yang menarik dalam pantun tersebut.
·         Guru meminta murid menulis ungkapan-ungkapan menarik yang terdapat dalam pantun di papan tulis.
·         Guru meminta murid membina ungkapan menarik berdasarkan contoh yang telah disenaraikan.
·         Guru menyuruh murid menghasilkan sekurang-kurangnya tiga rangkap pantun empat kerat bertemakan alam semula jadi menggunakan ungkapan menarik yang telah dibina.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun yang ditulis.
·         Murid-murid lain diminta memberikan komen.






CONTOH
ITEM


Contoh Kad Inventori Pantun:
BIL
Soalan
√  /  X
1
Rima pantun menepati abab.

2
4 – 5 patah kata sebaris.

3
8 – 12 suku kata sebaris.

4
Pembahagian pembayang dan maksud pantun jelas.

5
Sekurang-kurangnya 2 unsur gaya bahasa seperti asonansi, aliterasi, simile, anafora, dan sebagainya.

6
Ada ungkapan yang menarik.

7
Mengandungi nilai dan pengajaran.








KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 1:
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.


EVIDENS
B6 DT1 E2:
Menghasilkan  prosa yang boleh dijadikan contoh.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan

CONTOH
ITEM

Contoh Penulisan Karangan

            Kita kerap membaca berita tentang keruntuhan akhlak remaja yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama. Berita ini amat membimbangkan kita kerana remaja merupakan aset negara pada masa depan. Keruntuhan akhlak remaja ini disebabkan oleh beberapa punca yang tertentu.
            Remaja yang runtuh akhlak lazimnya kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Oleh itu, mereka tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak. Akibatnya, anak-anak yang terbiar ini bercampur serta terpengaruh dengan budak-budak nakal dan akhirnya menjadi liar.
            Punca lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh media massa. Kini, terdapat majalah dan laman web yang menyiarkan bahan-bahan lucah. Jika tidak dikawal, remaja akan terpengaruh dan cenderung meakukan perbuatan yang tidak bermoral.
            Selain itu, jawatankuasa belia dan penduduk kurang menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk remaja, misalnya aktiviti silat, kompang dan sebagainya. Oleh sebab tiada aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa, mereka lebih cenderung terlibat dengan aktiviti negatif.
            Terdapat juga remaja yang runtuh akhlaknya kerana desakan hidup. Wang mereka tidak mencukupi kerana keluarga mereka miskin. Walau bagaimanapun, mereka ingin memenuhi keperluan hidup seperti remaja lain, misalnya memakai kasut yang mahal dan memiliki telefon bimbit. Untuk memenuhi keperluan ini, mereka mudah terlibat dalam kegiatan mencuri dan merompak.
            Semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung salah laku dalam kalangan remaja. Para remaja perlu dibimbing agar mereka melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana remaja menjadi tonggak kejayaan negara pada masa depan.           








KEMAHIRAN
MENULIS

BAND

6


PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.



DESKRIPTOR

B6 DT 2:
Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.


EVIDENS
B6 DT2 E1:
Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.



AKTIVITI
PENTAKSIRAN
Bahan
·         Hasil penulisan murid.

            Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan untuk kita.
            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.
            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.
            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.
            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.


Langkah Pentaksiran

·         Murid membaca karangan yang disediakan
·         Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut.


CONTOH
 ITEM

Contoh senarai semak perkara yang disunting :

1.    Ejaan
2.    Tanda baca
3.    Penanda wacana
4.    Kosa kata
5.    Pengimbuhan
6.    Ayat


Jawapan:
Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku (buku) yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan (disediakan) untuk kita.
            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.
            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.
            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.
            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.



No comments:

Post a Comment